Saturday, July 18, 2009

wanita solehah

Wanita solehah itu punyai ciri-ciri, iaitu ciri-ciri wanita yang diredhai ALLAH. Wanita yang menyejukkan hati mata yang memandang. Bisa menginsafkan dan menundukkan nafsu mereka yang berhati goyah.

(Cerita ini diubahsuai semula berdasarkan saranan dan hukum Al-Quran & Hadis)

Marilah kita bersama-sama perhatikan sekelumit kisah ringkas berikut...

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah yang sejati?"

Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu.

"Anakku...Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik."

Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian. (Hadis riwayat Muslim)

Si ayah terus menyambung.

"Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."

Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)

Si ayah diam sejenak sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu.

"Lantas apa lagi ayah?" Sahut puteri kecil terus ingin tahu.

"Ketahuilah wahai puteriku... Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)." (Surah An-Nuur : 31)

"Dan ingatlah anakku...Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)

Setelah itu si anak kembali bertanya, "Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya ayah?"

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. Malah, semua wanita boleh."

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULALLAH

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)

Wednesday, July 15, 2009

pemberian dari seseorang...entah la...


tiga jenis cokelate..melambangkan apa yer??


sedap....heheh nak sikit ke??



apa maksud sekiranya seseorang itu memberikan si gadi cokolate??hehe
penyanyi kesayangan ku...dari dulu sampai sekarang..., heheh shah indrawan ismail..., semoga kamo sentiasa sucsess ya... walau apa pun rintangan yang datang..tabah n kuatlah melawan kesulitan tu...dari dulu kamu di tomah...di caci...di hina..di herdik...dan sekarang kamo sudah bangun kembali...

MyEm0.Com

rindu ku ama sahabat


wahai sahabatku....aku rindu sama kamo...rindu pada gurauan senda kita dahulu....setiap saat aku bersama kamo..
aku rindu saat itu...sahabatku yang aku rindui...

jaga dirimu sealu...x kira dimana pun kamo berada...aku sentiasa mendoakan kamo...persahabatan yang terjalin.., semoga akan tetap tersimpul erat dari dulu hingga ke akhir zaman....

Norhidayah Binti Ramley aku rindu sama kamo...,

wahai diriku...

erm apa nak jadi la dgn diri ku ni...
sekejap tersenyum bahagia...
sekejap menangis merana..
sekejap duduk termenung..
ermm aku x tau apa sebenarnya yang hatiku inginkan...aku x tau apa sebenarnya juga yang dirinya inginkan..., aku hanya mahukan ketenangan...kepastian..keselesaan...aku sayang pada diri ku..., sebelum sayangkan orang lain...aku kene sayangkan diriku sendiri..,

waaa poning heheh

MyEm0.Com

keterbukuan...kekusutan...keserabutan..

kenapa bila aku sudah berubah dari punya hati y sekeras2 batu pada hati y keras hanya keras kerak nasi..heheheh.., kawan baik ku mahukan aku berbah jadi periang...jadi gadis y ceria..gadis yang sentiasa tersenyum...gadis sentiasa membawa kebahagaiaan keceriaan...tapi ada jugak orang yang x suka aku y sentiasa tersenyum...tergelak...tp aku memang begitu...aku mudah ketawa aku mudah tercuit rasa hati untuk ketawa...myb sebab aku mengikut perangai dan sifat arwah nenda tersayangku..., walaupun hatinya sakit dan sering kali di sakiti dia hanya senyum..., aku rindukan nenda ku..sangat rindukan nenda..., salah ke aku y punya sifat yang suke tergelak..bukan aku nak gelak saje2...dah bagi aku bende tu mencuit hati aku...bukan untuk buat gelak bodoh..., orang y kenal aku faham aku siapa....tapi orang y x kenal aku..akan cakap aku macam2....x pe lah.., itu anggapan orang.., aku x mampu nak halang n stopkan orang2 nak buat tanggapan apa....,

aku rindukan seseorang yang satu ketika bertakhta dalam hati ku...walau macam mana pun aku membenci dia...mencaci dia..aku masih sayanagkan dia...aku hormati dia...dia seorang je y memahami aku...tapi kenapa aku d tinggalkan??

aku malas untuk berfikir soal hati n perasaan..penat..letih...sakit je kadang2 berfikir semua ni..
kalau ikhlas nak kan aku...ambil dan sunting aku secara sah...miliki aku secara sah di sisi islam..
bukan hanya berkata di bibir ungkapan sayang..ungkapan cinta...

aku ingin memiliki seseorg y blh bimbing aku....

dua hari dah berlalu...aku penat nak fikirkan semua ni...aku letih...sakit luaran dan dalaman ku..hati ku meronta...memberontak....


tuhan tolonglah aku...dengarlah doa hambamu ini ....