Sunday, February 27, 2011

27 februay 2011

3 tahun lamanya aku x menjejakkan kaki ke mana2 stesen komuter.LRT atau y sewaktu dgnnya. mungkin terlalu pahit untuk di kenangkan.. heheh tamparan y hinggap di pipi masih kurasa.. betapa bodohnya aku... hanya kerana lelaki aku lemah. aku hampir kehilangan nyawa dan sudah pastinya allah x akan ampunkan perbuatanku.. dia bahagia dgn pilihan hidupnya aku pulak bodoh.. heheheh tp itu kenangan aku meninggalkan sesuatu kenangan pedih di KTM.

tahun ni.. aku projek tajuk projek aku pulak mengenai KTMB huh.. terusik kembali lipatan sejarah lamaku.. mampukah aku?? aku x kuat untuk memijak stesen KTM.. aku pernah menyuarakn minta di temani insan tersayang.. tp hampa hehhe mgkin dia juga ada sebab knp x mau naik KTM.. kereta kan ada katanya..

tp hari ni bila hati ku benar2 terusik... bukan x pernah terluka atau tercalar.. tp x sehebat hari ni.. entah di mana kekuatan ku dtg untuk menjejaki KTM.. walaupun sblm ni aku pernah ingin menaikinya tp aku rela menunggu BAS untuk pergi membawa hatiku.. entah knp hari ni. KTM menjadi destinasiku n manjadi pilihanku untuk sampai ke sesuatu tempat y sudah lama x aku kunjungi..

aku semat di hati.. kalau dulu..3tahun dulu KTM tmpt aku untuk menamatkan hidupku.. tp hr ni.. biarlah KTM menjadi saksi menjadi ubat untuk aku mengimbau kembali pada kesakitan dulu semasa aku BODOH.. aku ingin mengubah semuanya.. aku berharap bila aku kakiku melangkah masuk ke dalam badan TRAIN aku ingin melupakan apa pun y terjadi dalam masa 3 tahun ni... aku x sanggup ingti bila aku separuh mati.. menangis siang malam.. mengecewakan n menyusahkan hati ibuku.. .. mengenali seseorang y membuat n menganggap aku mcm barang mcm sampah.. di buang di kutip.. di buang balik...

tp aku pelik dari dalam perut train sampai ke destinasi hanya dia di kepala aku.. kenangan 3 tahun lalu x terlintas pun di fikiran..hanya apa y berlakau dalam masa 3 tahun tu y berlegar atau lebih tepat dalam masa 1 tahun 10 bulan aku mengenalinya.. cukup untuk buat aku merintih.. aku gagahi buang rasa maluku.. cuba menghubunginya.. tp.. sia2

aku terserampak kawan lama.. tp cuma bersembang sekejap sebab aku hanya mau dia.. asyik aku berangan seorang lelaki dtg tnpa segan silu cuba untuk memeluk n membuat benda x senonoh.. entah mengapa hanya dia y aku hubungi untuk memberitahu apa y terjadi.. tapi kecewa balasan dari dia "ye awk nk ape g nak sy wt,awk kt luar bkn tw kt mne pn awk ada skrg".. luluh.. berkecai... andai apa2 terjadi atas diriku.. dia mmg sudah x ambil peduli.. sedangkan hatiku merintih.. memerlukan dia ada di saat itu.. memujuk aku dlm ketakutan..

ya allah ampunkan diriku andai aku y silap.. aku y khilaf.. rasanya dugaanmu kali ini lebih hebat dari 3 tahun y lalu.. aku sujut melutut padamu.. memohon ampun kerana sering melupaimu.. andai ini ujian y menyuruh aku hanya mencintaimu seorang.. aku redha... aku redha melepaskan dia pergi... tp aku bermohon.. kuatkan lah semangatku.. bantulah aku.. aku sudah tidak kuat untuk semuanya.. hancur luluh hati ku ya allah...

Monday, January 18, 2010

kecewa kah aku? atau rasa tertipukah aku? ya allah pada siapa aku perlu luahkan rasa ini ya allah.. hanya padamu dan hanya pada bloger ini.. bila ku gembira ku veritakan disini..dan bila kusakit..aku juga ceritakan disini.

dah lebih 24 jam aku x membisu.. msg y dihantar tidak kuendahkan tidak ku pedulikan.. kejam kah aku? tapi aku juga manusia ada rasa ingin di sayang di belai dan di manja.., rajuk hatiku kali ini kuat benar rasanya.. susah untuk aku pujuk sendiri. aku rasa kali ini aku macam orang asing yang tidak ada erti apa di hatinya.

adakah adik kesayangannya lagi penting dari aku? adakah adik kecilnya yang akan menemaninya seumur hidupnya. menyayanginya memanjaina? tapi aku? dimana letaknya seorang aku di hatinhya? hanya teman di kala die sunyi dan susah?

aku x tau kenapa diriku menangis dan terasa sangat.. ya allah tidak cukup rasanya disini kuluahkan segalanya.. tak ada kata2 y blh gambarkan perasaan aku sekarang... sakit dan pedih sgt

Monday, October 5, 2009

hari raya...=)

wahhh sudah berbulan lamanya daku tidak menyentuh blog...
tp aku ingin bercerita dan ingin meluahkan sesuatu y amat indah berlaku pada diriku smlm 04 oktober 2009.....

smlm....raya ke 16...., dia...shahrul menjemput aku kerumahnya untuk memenuhi undangan ibunya....sebab dia memberitahu aku....ibunya menjemput aku untuk hadir open house dirumahnya yang diadakan oleh adik perempuannya ayu...

tahun ni adalah tahun pertama aku beraya bersama dgnnya...atas status gf shahrul..., mlm sebelumnya satu perselisihan faham telah berlaku dan menimbulkan sedikit pergaduhan..., hati ku hancur dan remuk.... tp aku amat sygkan dia. mungkin mmg jodoh kami...ptg pada pukul 1.30 dia dtg menemui aku..., masuk sahaja aku ke dalam perut kereta aku terus menciumtgnnya...dan dia berkata mak menjemput dtg kerumah mlm ni...,

aku hanya mengiakan dgn hanya mengangukkan kepala ku...tanpa berkata apa pun..., beberapa jam telah berlalu...dan aku menghabiskan masa dgnnya...berjalan...membeli belah...dan makan kfc..., jauh di sudut hatiku..aku amat cintakan dirinya...

jam menunjukkan pukul 4 ptg...sewaktu di kfc dia menyuarakan lepas ni balik rumah hantar barang or tukar baju terus dtg kerumahnya...., aku terkejut...adakah seawal itu aku perlu hadir?? tp aku rasa x ada salahnya malah lagi baik aku blh membantu apa2 y patut....

tepat pukul 5 aku sampai dirumahnya..., aku mencium tgn ibunya...., aku berharap kehadiran aku dirumah ini bukan untuk menyemak....tp kehadiranku ku harap amat disenangi..., aku mencari dimana adik bungsu NUR FATIN BATRISYA.... hanya sekejap sahaja aku mencari....adiknya ayu dtg membaya batrisya..., rindu ku pada si kecil terubat dgn pelukkan manjanya...,

tidak lama aku di rumahnya dalam hanya 30 minit ibunya membawa aku beraya ke rumah makciknya... y di mana makciknya menyatakan.. mana menantunya x di bawa..., malu diriku hanya tuhan y tahu..., tp aku juga merasa bahagia...

ya allah aku berdoa agar keluarga ini menerima diriku seadanya...ya allah

pukul 7.45 aku membantu menyusun keperluan apa y patut di ruang hadapan sekali beranda rumahnya...., menu y di sediakan laksa penang...rendang kerang...nasi impit...kari ayam...n kerabu manga...,


pada pukul 8.15 jemputan tetamu adiknya ayu dtg kerumah....ayu sibuk melayan tetamu....dan pada pukul 8.30 ke pukul 9 tetamu shahrul pula dtg...semua sahabat sekolah rendah dtg..termasuk la juga org y aku tidak senangi...turut serta ada...

ayu memperkenalkan diriku pada kawan2 nya sbg kakak ipar....amin ya allah...smg itu terjadi satu hari nanti...aku tidak pernah membantu n dtg kerumah cinta hatiku untuk sesuatu majlis..., dan ini adalah buat kali pertama nya..., pukul 12 mlm majlis pun habis...dan barang semua di kemas..aku pula beransur untuk balik.....

dalam kereta dia menggenggam erat jariku...., mcm ada sesuatu y ingin di lafazkan...tp tidak terlafaz...aku cintai dia.....

mlm setibanya dia diruamah selepas menghantar aku pulang... dia menyatakn di amat mencintai aku....dalam hatinya cuma ada aku....ya allah semoga ianya benar....dan aku berharap dia teman hidupku ya allah.... amin.... aku dan dia berjanji dan sekali lagi dia melafazkan dia amat mencintai aku

Saturday, July 18, 2009

wanita solehah

Wanita solehah itu punyai ciri-ciri, iaitu ciri-ciri wanita yang diredhai ALLAH. Wanita yang menyejukkan hati mata yang memandang. Bisa menginsafkan dan menundukkan nafsu mereka yang berhati goyah.

(Cerita ini diubahsuai semula berdasarkan saranan dan hukum Al-Quran & Hadis)

Marilah kita bersama-sama perhatikan sekelumit kisah ringkas berikut...

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah yang sejati?"

Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu.

"Anakku...Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik."

Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian. (Hadis riwayat Muslim)

Si ayah terus menyambung.

"Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."

Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)

Si ayah diam sejenak sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu.

"Lantas apa lagi ayah?" Sahut puteri kecil terus ingin tahu.

"Ketahuilah wahai puteriku... Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)." (Surah An-Nuur : 31)

"Dan ingatlah anakku...Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)

Setelah itu si anak kembali bertanya, "Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya ayah?"

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. Malah, semua wanita boleh."

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULALLAH

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)

Wednesday, July 15, 2009

pemberian dari seseorang...entah la...


tiga jenis cokelate..melambangkan apa yer??


sedap....heheh nak sikit ke??



apa maksud sekiranya seseorang itu memberikan si gadi cokolate??hehe
penyanyi kesayangan ku...dari dulu sampai sekarang..., heheh shah indrawan ismail..., semoga kamo sentiasa sucsess ya... walau apa pun rintangan yang datang..tabah n kuatlah melawan kesulitan tu...dari dulu kamu di tomah...di caci...di hina..di herdik...dan sekarang kamo sudah bangun kembali...

MyEm0.Com

rindu ku ama sahabat


wahai sahabatku....aku rindu sama kamo...rindu pada gurauan senda kita dahulu....setiap saat aku bersama kamo..
aku rindu saat itu...sahabatku yang aku rindui...

jaga dirimu sealu...x kira dimana pun kamo berada...aku sentiasa mendoakan kamo...persahabatan yang terjalin.., semoga akan tetap tersimpul erat dari dulu hingga ke akhir zaman....

Norhidayah Binti Ramley aku rindu sama kamo...,